KESAN PIL PELANGSING TERHADAP TUBUH MANUSIA : Part 3
Salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman.
Minggu lepas dan minggu sebelumnya saya ada menulis mengenai tajuk berkaitan dengan pil pelangsing atau pil kurus atau pil diet. Pelbagai sub topik telah saya bincangkan.
klik link di bawah untuk baca
KESAN PIL PELANGSING TERHADAP TUBUH MANUSIA : Part 2
Jadi, di bahagian terakhir ini saya akan berkongsi tentang golongan manakah yang perlu mengelak daripada mengambil pil diet dan nasihat saya kepada mereka yang ingin atau sedang mengambil pil diet.
SIAPAKAH GOLONGAN YANG PERLU MENGELAKKAN DARIPADA MENGAMBIL PIL PELANGSING
5. Perempuan yang menyusukan bayi
6. Pesakit glaucoma
7. Pesakit sawan
APAKAH NASIHAT KEPADA
PENGGUNA PIL PELANGSING
Saya
menasihatkan kepada mereka yang bercadang untuk menggunakan pil diet atau pil pelangsing agar
memenuhi 3 kriteria di bawah ini terlebih dahulu.
1. Mengamalkan cara pemakanan
yang lebih sihat dan mengurangkan pengambilan kalori daripada biasa.
2. Melakukan senamanan
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Setiap sesi diantara 60-90 minit. Intensiti
senaman pada kadar pertengahan iaitu diantara 50-60% sahaja memadai.
3. Mengambil air lebih banyak
daripada biasa. Digalakkan diambil diantara 3-4 liter sehari.
Sekiranya
berat badan anda tidak turun sekurang-kurangnya 5kg selepas melakukan 3 amalan
di atas selama 6 minggu barulah anda boleh berkifir untuk mendapatkan nasihat
daripada doktor atau pakar pemakanan anda sebelum mengambil pil diet atau pil pelangsing.
Kepada
mereka yang telah atau sedang mengambil pil pelangsing, saya menasihatakan agar
mereka tidak berhenti melakukan senaman dan amalan pemakanan yang sihat dan
seimbang disamping pengambilan pil pelangsing.
Selain
itu, pastikan anda mendapatkan nasihat dan preskripsi doktor sebelum anda
mengambil pil pelangsing dan pastikan segala aturan cara pengambilan diikuti
dengan disiplin.
.jpg)
.jpg)

Post a Comment