Sejarah Sambutan Hari Ibu Berbeza-beza di Seluruh Dunia
Hari ibu 2020 tahun ini disambut dengan keadaan yang sangat berbeda dengan tahun-tahun sebelum ini.
Saban tahun Hari Ibu 2020 akan disambut pada tanggal 10 Mei. Hari ibu mula diraikan sejak beribu tahun dahulu ketika masyarakat Greek Kuno untuk memberikan penghormatan kepada "Rhea" iaitu ibu kepada Tuhan meraka.
Namunbegitu, sebenarnya banyak catatan sejarah mendakwa sambutan hari ibu ini adalah berbeza mengikut tempat dan negara.
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Sambutan Hari Ibu di merata dunia
- Di China baru-baru ini, sesetengah orang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.
Namunbegitu, untuk memudahkan segala usaha dan kempen menyanyangi ibu lebih berkesan, pentadbir-pentadbir kerajaan di seluruh dunia bersetuju dengan sambutan Hari Ibu atau Mothers Day adalah jatuh pada tarikh 10 Mei setiap tahun.
BAGAIMANA SAYA SAMBUT HARI IBU
Tentu rakan-rakan pembaca tertanya-tanya bagaimana saya menyambut Hari Ibu saban tahun kan? Sebenarnya, saya sendiri didik untuk terlalu menghormati ibu termasuklah mak saya, ibu-ibu mertua saya, makcik-makcik saya, ibu-ibu kepada anak saya dan sesiapa sahaja yang bergelar ibu.
Ini kerana menurut fahaman saya "tiada ibu tiada kita". Jadi, hasil kewujudan saya di atas muka bumi ini sendiri adalah kehendak seorang ibu dan shafaat daripada Allah SWT.
Justeru, saya sendiri akan menyambut hari istimewa ini dengan majlis kecil-kecilan seperti belanja mereka makan serta sedikit majlis tahlil bersama ahli keluarga. Dan sudah tentulah saya akan membawa ahli keluarga pulang menjenguk ibu di kampung sebagai rutin tahunan kami.
Saya membudayakan mencium kaki ibu saya sendiri setiap kali bertemu. Begitu juga saya mewajibkan setiap anak-anak saya untuk mencium kaki ibu mereka setiap hari khususnya sebelum mereka pergi ke sekolah.
Ini adalah latihan yang saya jalankan untuk mereka sentiasa menghormati ibu-ibu mereka.
Berbalik kepada persoalan mengenai bagaimanakah kita akan menyambut hari ibu pada tahun ini sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi tertakhluk kepada Akta yang digunakan yang tidak membenarkan pergerakan semewah-mewahnya.
Justeru, tahun ini sudah pasti aplikasi "whatsapp video call" akan digunakan untuk kami mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mereka.
Semoga ibu-ibu ini terus diberikan rahmat oleh Allah SWT dan sekalian alam di atas segala pengorbanan dan kepayahan dan ujian mereka membesarkan kami anak-anak dunia.
Selamat Hari Ibu 2020.



Post a Comment