Bagaimana Nak Dapatkan Moratorium Bersasar Dari Bank?
6 bulan pertama PKP (iaitu bermula April 2020) kerajaan mengarahkan pihak bank dan institusi kewangan utk memberikan moratorium kepada semua rakyat Malaysia.
Semua peminjam di bank dan institusi-institusi kewangan di Malaysia secara otomatis mendapat kemudahan moratorium atau bahasa pasarnya penanguhan bayaran pinjaman. Sungguhpun begitu, ada golongan yang tidak mahu moratorium boleh memaklumkan kepada pihak bank kemudiannya.
Tempoh 6 bulan moratorium sudah pun berakhir pada 31 Ogos 2020.
Jadi, apa seterusnya?
Tamatnya moratorium tersebut membuatkan ramai rakyat Malaysia begitu gusar dan susah hati apabila majoritasnya terkesan akibat pendemik COVID19.
Ada yang bertanya kenapa kerajaan tidak sambung moratorium?
Ada juga yang kata pihak kerajaan tidak serius membantu rakyat?
Dan pelbagai lagi persoalan lain yang bermain di minda rakyat marhain sekaliannya.
Dalam 1 artikel tulisan di Artikel AWANI ada mencatatkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) menggalakkan peminjam untuk sentiasa berkomunikasi dengan pihak bank atau institusi kewangan.
Sebenarnya, isu moratorium ini pihak kerajaan telah mengarahkan pihak bank dan institusi kewangan untuk memberikan pertimbangan moratorium secara bersasar.
Sebagai contoh Maybank ada mengeluarkan kenyataan seperti di bawah :
Begitu juga dengan pihak CIMB:
MORATORIUM BERSASAR
Moratorium bersasar ini hanya diberikan oleh pihak bank dan institusi kewangan kepada mereka yang benar-benar terkesan dengan COVID-19 sahaja.
Samada dirinya sendiri atau yang menimpa pasangannya.
Contoh mereka yang terkesan akibat pendemik COVID-19 :
1. Dirinya atau pasangannya didapati Positif COVID-19.
2. Dirinya dibuang kerja atau pasangan dibuang kerja.
3. Dirinya dipotong gaji atau pasangannya dipotong gaji.
4. Jualan syarikat perniagaan atas namanya atau nama pasangannya terjejas.
5. Dan seumpamanya.
Jika anda merasakan anda adalah golongan yang terkesan akibat pendemik COVID19.
Pergi ke bank berkaitan dan berikan butiran utk mendapatkan sambungan moratorium bersasar.
Bawa sekali surat-surat berkaitan, penyata akaun berkaitan dan seumpamanya.
Runding baik-baik dengan pegawai bank.
Insya Allah dapatlah moratorium bersasar seperti yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan (MOF).
#moratoriumbersasar #moratorium #covid19 #mofmalaysia

Post a Comment