blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

KENYATAAN MEDIA

ISU TIMBALAN YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT POSITIF COVID 19

Berdasarkan artikel Utusan Malaysia Online bertarikh 24 Julai 2021 yang bertajuk “35 Individu Termasuk Zahid Hamidi Positif COVID 19”, ia telah menimbulkan kesan tidak baik terhadap Dewan Rakyat yang akan dibuka esok 26 Julai 2021.

Ini berikutan artikel berkenaan mengandungi tulisan yang boleh menjejaskan intergriti dan kesucian Dewan Rakyat dengan dakwaan kononnya YB Dato' Hj Mohd Rashid Hasnon turut dikaitkan dengan kes positif COVID 19.

Artikel berkenaan menulis “Turut terlibat ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon kerana pegawai pengiringnya positif, kata sumber ketika dihubungi."

Artikel tersebut kemudiannya diambil media-media lain sehingga menimbulkan kekeliruan terhadap perjalanan Dewan Rakyat.

Malah, ia turut membangkitkan ketidakselesaan kepada ahli keluarga terdekat kami selaku pegawai yang terkesan dengan artikel tersebut.

Untuk makluman, YB Dato' Rashid Hasnon dan kesemua pegawai-pegawai dan petugas di Pejabat Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat telah diwajibkan menghadiri ujian calitan PCR COVID 19 yang Parlimen Malaysia.

Hasil ujian tersebut telah dimuatnaik di akaun MySejahtera masing-masing.

Syukur ke hadrat Allah, YB Dato’ Mohd Rashid dan kesemua staf didapati negetif COVID 19.

Justeru, tuduhan UTUSAN MALAYSIA adalah dianggap kurang manis dan tidak memenuhi etika kewartanan apabila tidak mengesahkan terlebih dahulu tentang perkara tersebut sebelum menerbitkan artikel meskipun ramai sedia maklum YB Dato’ dan pejabatnya begitu terbuka dan sentiasa mudah dihubungi untuk sebarang pengesahan dan kenyataan.

Maka, saya menuntut agar artikel tersebut diturunkan dan UTUSAN MALAYSIA wajib membuat kenyataan permohonan maaf secara rasmi di media.

ZAIHAN ZAINAL
Setiausaha Sulit Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat

25 Julai 2021

YB DATO RASHID HASNON, TIMBALAN YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT (24/07/2021)

ZAIHAN ZAINAL, SETIAUSAHA SULIT

FAIZAL YUSAK, PEGAWAI TUGAS TUGAS KHAS

NORSHAM NOOR, PEGAWAI KHAS

AFIQ HANIF, PEGAWAI MEDIA PARLIMEN

AZMIE RAHMAN SAWALUDDIN, PEGAWAI KHAS

AMIN ABIDIN, PEGAWAI PENGIRING (PDRM)

ALIF RAMLI, PEMANDU PERIBADI

FAYANTU ZAINAL ABIDIN, SETIAUSAHA


JAMALIAH YAHAYA, PEMBANTU PEJABAT

JULIYUS ALLEN, INTERN UNITAR

No comments

BAHAS DOKTRIN BANGSA MALAYSIA

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019