Apa Itu Perayaan Onam?
Onam (Bahasa Malayalam: ഓണം) merupakan perayaan terbesar negeri Kerala di India.
Ia adalah perayaan menuai bg masyarakat India di Kerala.
Ia jatuh semasa bulan pertama takwim Malayalam ia itu Chingam (Ogos–September) dan menandakan kembalinya Raja Mahabali yang terkenal. Perayaan berlangsung selama sepuluh hari dan berkait dengan banyak unsur budaya dan tradisi Kerala.
Hamparan bunga halus, hidangan makan mewah, perlumbaan perahu ular, Puli Kali, dan tarian Kaikottikkali semuanya memainkan peranan dalam perayaan ini.
Kebiasaannya, kita hanya mengenali Deepavali, Thaipusam dan Ponggal apabila bercakap mengenai perayaan kaum India.
Onam secara tradisi disambut oleh penduduk di negeri Kerala, bahagian selatan India. Malah, di Kerala, sejak tahun 1961, Onam merupakan perayaan rasmi peringkat negeri dan diraikan secara besar-besaran.
Apa yang menarik, Onam diraikan oleh penduduk keturunan Malayali tanpa mengira agama. Maka, Onam adalah perayaan kebudayaan masyarakat Malayali; bukan perayaan penganut agama Hindu semata-mata.
Mitos yang sering dikaitkan dengan sambutan Onam adalah mengenai Bali Chakravarthi atau Mahabali keturunan Asura yang dipercayai memerintah negeri Kerala pada zaman silam.
Di Malaysia pula, sambutan Onam hanya selama sehari; itu pun secara kecil-kecilan pada hari bekerja oleh sekitar 37,000 penduduk keturunan Malayali.
Data yang dikeluarkan Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan bahawa daripada 1,580,210 penduduk kaum India di Malaysia, 86.9 peratus adalah keturunan Tamil, 2.4 peratus Telegu, 2.3 peratus Malayali dan 2.1 peratus Punjabi.
Maka, tidak hairanlah bahawa maklumat mengenai Onam kurang diketahui oleh orang Malaysia.
Bagaimanapun, adalah mustahil untuk mengharapkan sambutan Onam secara besar-besaran di Malaysia; sebuah negara yang meraikan perpaduan dalam kepelbagaian.
Maka, dapatlah disimpulkan bahawa perayaan Onam ini bulanlah perayaan keagamaan, tetapi ia adalah perayaan kebudayaan orang-orang Keralis.
Justeru, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut perayaan onam kepada rakan-rakan yang menyambutnya.
Zack Zaihan Zainal merupakan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat merangkap Setiausaha Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor dan masih non-partisan.
Post a Comment