Pengalaman Kuarantin COVID19 di Rumah
Salam sejahtera sahabat2 sekalian.
Sebagaimana semua sedia maklum saya telah disahkan positif COVID-19 sejak 2 Disember 2021 iaitu Khamis lalu.
Jadi, hari ini saya ingin berkongsi bagaimana pengalaman kuarantin Covid19 di rumah.
Hari ini merupakan hari ke 5 kuarantin.
Pada Khamis, Jumaat dan Sabtu (2-3hb Disember 2021) merupakan hari-hari yg kritikal dimana terdapat simtom demam, selsema, sakit badan dan sedikit masalah pernafasan.
Namun ia tidak begitu serius. KKM memberikan option untuk saya pilih samada berkuarantin di CAC terdekat atau hanya kuarantin di rumah.
Saya pilih utk kuarantin di rumah. Tetapi syaratnya ketat. Setiap hari sy kena memberikan laporan kepada KKM melalui apps MySejahtera.
Pengalaman kuarantin Covid19 di rumah juga perlu mencatat suhu badan, kadar oksigen dlm badan (spO2), kadar denyutan nadi dan tekanan darah (diastolic/ systolic).
Ia dibuat secara manual setiap 4 kali sehari.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN KETIKA KUARANTIN DI RUMAH
1. Oxymeter
Ia bertujuan untuk membaca kadar oxygen dalam badan. Pastikan bacaan sPO2 berada 95 ke atas. Sekiranya bacaan adalah 94 dan ke bawah wajib terus ke wad kecemasan, hospital kerajaan yang berhampiran.
Harga RM80-150 (bole dibeli di farmasi-farmasi berdekatan)
2. Monitor Tekanan Darah Automatik
Harga RM150-350 (boleh dibeli di farmasi berhampiran)
3. Pengimbas suhu badan
Pengimbas suhu digunakan untuk memastikan bacaan suhu badan dalam keadaan terkawal iaitu di bawah 36.5°C ke bawah.
Sekiranya suhu melebihi 38°C ke atas diwajibkan segera ke wad kecemasan, hospital KKM berhampiran.
4. Facemask
Pastikan facemask sentiasa dipakai sekiranya perlu bertembung dengan ahli keluarga yang lain. Misalnya di saat isteri terpaksa menghantar barangan dan makanan ke bilik di atas.
Facemask jenis KN95 adalah digalakkan.
5. Mesin sanitasi ringan
Saya akan sanitasi bilik saya 3 kali sehari.
Harga : RM80-150 (siap liquid)
NAK KUARANTIN RUMAH MANA?
Ia menjadi persoalan besar bagi suami-suami yang seangkatan dengan saya apabila mempunyai 2 isteri. Dan sudah tentu saya juga mempunyai 2 rumah.
Dan persoalannya nak kuarantin di rumah yang mana?
Jadi, perkiraan saya mudah:
Rumah isteri 1 bersama 4 orang anak berumur 10-13 tahun (3 orang anak sudah complete vaksin).
Manakala rumah isteri 2 pula bersama 4 orang anak berumur 4-12 tahun (hanya baru seorang anak sahaha yang telah divaksin).
Justeru, saya membuat keputusan untuk memilih untuk berkuarantin di rumah isteri 1 kerana risikonya lebih rendah.
Di rumah doublestorey ini saya hanya tinggil di Master Bed Room lengkap dgn tandas, TV dan hometainment yang lain.
Dalam masa sama saya turut mengaturkan working station ke dalam bilik supaya segala tugasan dapat juga saya laksanakan ketika berkuarantin ini.
Ini termasuk dengan pelbagai kelengkapan laim seperti laptop, tablet dan paling penting walkie talkie.
Walkie talkie ini saya gunakan untuk membuat pesanan kepada isteri yang menguruskan pelbagai urusan rumah di sebelah bawah.
Jadi, tidak perlulah nak terpekik dari tingkat atas untuk membuat arahan dan pesanan.
STATUS TERKINI KESIHATAN
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana sejak 5hb Disember 2021 kesihatan saya semakin pulih.
Tidak ada lagi simtom yang kuat. Tidak ada lagi selsema dan demam. Cuma badan masih lenguh-lenguh lagi.
Saya mohon doa daripada rakan-rakan semua. Semoga saya semakin pulih.
Begitulah serba sedikit pengalaman kuarantin Covid19 di rumah yang saya lalui setakat hari ke 5.
Harrah's Cherokee Casino Resort - MapyRO
ReplyDeleteHarrah's 경상남도 출장샵 Cherokee Casino Resort. 456 reviews. 3131 안성 출장안마 Las Vegas Blvd South, Cherokee, NC 28719. Directions. 경산 출장안마 Map. 공주 출장샵 Directions. Map Rating: 부산광역 출장샵 3 · 56 reviews