Parti Politik Baru Wajar Angkat Martabat Anak Muda
BARU-BARU ini, senarai nama 1.2 juta pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun telah diperaku dan diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Amalan sebelum ini hanya mereka yg mendaftar sebagai pemilih sahaja dibenarkan menggundi setelah diwartakan oleh SPR pada suku tahun tertentu.
Semasa zaman saya melepasi umur 18 tahun kira-kira 23 tahun lepas, kami masih tidak dibenarkan mengundi. Ketika itu, zaman masih gelap dan negara kekal mewarisi saranan undang-undang British untuk merdeheka tahun 1957.
Hanya sesiapa yang berusia 21 tahun ke atas sahaja di benarkan mengundi. Itupun bagi mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih dan diwartakan oleh SPR.
Masa itu, sekiranya anda berumur 21 tahun ke atas tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih. Maka, hak memilih anda sebagai rakyat Malaysia seperti dijamin Perlembagaan Malaysia juga dinafikan.
Tetapi, selepas zaman melangkawi zaman gelap para Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang telah mempersetujui agar rakyat Malaysia yang sudah melepasi umur 18 tahun dibenarkan memilih secara otomatis.
Tidak lagi perlu mendaftar secara fizikal atau secara dalam talian (online).
Malah lebih daripada itu, mereka juga dibenarkan untuk dicalonkan sebagai calon pilihanraya dalam mana-mana pilihanraya samada Pilihanraya Umum (PRU), Pilihanraya Negeri (PRN) atau Pilihanraya Kecil (PRK).
Atas dasar kesedaran dan kesepakatan di kalangan pemimpin negara hari ini, parti-parti politik wajar mengambil iktibar dan peluang untuk mendekati golongan muda ini.
Dalam pemerhatian saya kebelakangan ini, kemunculan parti baharu yang dikenali sebagai Parti Bangsa Malaysia atau PBM adalah yang terkehadapan dalam mengangkat martabat anak muda.
Parti yang lahir daripada perpecahan dalam Parti Keadilan Rakyat atau PKR ini telah diumumkan pada Disember 2021 yang lalu telah disertai kira-kira 70,000 ahli walaupun tidak sampai sebulan pengumumannya.
Parti ini mensasarkan 10 tahun untuk membina kekuatan dan sokongan dengan idea yang dicambah daripada pemikir-pemikir daripada kalangan anak muda.
Sebab itu, idea The Great Reset 2030 atau TGR2030 itu dijadikan sebagai sandaran perjuangan kepada kemunculan parti masa depan ini. Kenapa 'The Great Reset'? Dan kenapa '2030' akan saya kupas dalam tulisan yang lain.
Parti Bangsa Malaysia atau PBM menetapkan 6 Asas atau 'six pillars' sebagai acuan penubuhan parti termasuk asas ke 3 iaitu Kuasa Anak Muda atau 'Youth Power'.
Kesungguhan parti baharu ini dilihat dengan perlantikan ramai anak-anak muda dalam pentadbiran utama parti. Kira-kira lebih 60 peratus pimpinan adalah daripada kalangan anak muda.
Sebagai contoh, Tn Lt Kol BERSEKUTU (PA) Hizwan Ahmad, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) yang merupakan seorang anak muda juga dilantik sebagai Setiausaha Agong Parti Bangsa Malaysia.
Selain itu, Sdr Muhammad Saiful Bahari bekas EXCO AMK PKR dan EXCO ARMADA PPBM dilantik sebagai Naib Presiden PBM. Sdr Saiful yang dikenali sebagai seorang pemimpin yang begitu komited menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan di negeri Johor khususnya Johor Baharu dijangkan mampu menggalas tugasan menarik lebih ramai anak muda berpotensi tinggi menyertai politik.
Malah jika mahu ditulis sebenarnya lebih ramai anak muda dan profesional muda sudah menyertai parti baharu ini. Tarikan utama parti ini di kalangan anak muda adalah parti berani memberi tanggungjawab dan tugas kepada mereka tidak seperti parti-parti lain yang gemar menggunakan pemimpin re-cycle.
Khalifah Umar Abd Aziz yang terkenal sebagai pemerintah Islam yang paling baik dalam sejarah kekhalifahan pernah ditanya bagaimana mahu memastikan negara ini terus baik di masa akan datang. Khalifah Umar seraya menjawab "jika mahu melihat masa depan negara maka engkau lihatlah anak muda masa kini. Jika teruk mereka di zaman ini maka pincanglah masa depan negara nanti".
Sebab itu, saya menyambut baik saranan Khalifah Umar Abd Aziz agar kita jangan membinasakan masa depan negara kerana membiarkan anak-anak muda ini tanpa arah tujuan. Mereka perlu dipupuk dan dipimpin oleh anak muda lain yang berpotensi.
Presiden Indonesia pertama Soekarno atau lebih mesra dengan panggilan Bung Karno juga pernah berkata "jika kamu beri aku seribu orang tua, nescaya akan ku cabut sumur (nyawa) dari badan mereka, tetapi sekiranya kamu beri aku 10 orang muda, sudah pasti akan ku goncangkan dunia".
Ramai berpendapat kata-kata ini ditujukan Bung Karno kepada masyarakat ketika itu bahawa Indonesia memerlukan lebih ramai anak muda untuk sama-sama berjuang dengan beliau. Ini kerana anak muda mempunyai semangan juang, kekuatan fizikal dan spiritual yang lebih baik berbanding dengan orang tua.
Maka, sebagai sebuah parti baharu, saya percaya bahawa idea untuk mengangkat anak muda dalam pentadbiran parti sudah pasti akan memberikan pengaruh baru dalam landskap politik negara.
Persoalannya, apakah negara bersedia untuk menghadapi gelombang gerakan politik baharu ini atau kita masih leka dengan mainan politikus-pokitikus purba!!
ZAIHAN ZAINAL
Tasik Putrajaya, 12:18 Hrs 18 Jan 2022
Post a Comment