Doktrin Bangsa Malaysia : Satu Penjelasan
Saudara dan Saudari pembaca yang dikasihi.
Nama saya Zaihan Zainal, Timbalan Setiausaha Agung PBM merangkap Naib Pengerusi PBM Negeri Johor merangkap Ketua PBM Bahagian Muar telah membahaskan usul Doktrin Bangsa Malaysia semasa Persidangan Agung Tahunan (PAT) PBM 2022 di IDCC, Shah Alam pada 1hb Oktober 2022 yang lalu.
Alhamdulillah, usul ini diterima sebulat suara oleh perwakilan yang hadir.
Tajuk yang diberikan kepada saya agak keras dan teoritikal dan memerlukan ulangkaji yang begitu komprehensif. Manakala, masa yang diberikan terlalu pendek untuk memahamkan para hadririn yang hadir khususnya perwakilan.
Lantas saya mengambil keputusan untuk membahaskan perkara akar dahulu demi memahamkan para hadirin mengenai usul Doktrin Bangsa Malaysia yang akan menjadi acuan dan panduan bagi ahli PBM untuk menghadapi liku perjuangan mendatang.
Saudara saudari, izinkan saya mulakan dengan menggariskan 6 krisis dan delima
dalam masyarakat hari ini yang perlu ditangani segara dengan sebuah iltizam dan
daya yang khusus.
1. Keretakan hubungan antara kaum semakin meruncing
2. Krisis dan masalah kaum wanita dalam masyarakat
3. Masalah anak muda dalam menghadapi cabaran kehidupan
4. Delima sistem pendidikan negara yang agak ketinggalan
5. Masalah ekonomi global dan internal yang semakin meruncing.
6. Isu Sains dan Teknologi yang membawa banyak kemudaratan
KRISIS DAN DELIMA DALAM MASYARAT
1. Keretakan hubungan antara kaum semakin meruncing
Saudara dan saudari,
semenjak selepas negara Merdeka telah berlaku interaksi antara etnik secara
beransur-ansur walaupun anak Melayu ke Sekolah Kebangsaan, anak Cina ke Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan anak India ke SJK Tamil.
Kebebasan beragama juga
turut wujud dengan banyaknya pembinaan masjid dan musolla.
Bahkan ia dapat
dibuktikan lagi dengan terdirinya kuil-kuil Buddha dan Hindu
Malah di sesetengah kawasan
kuil-kuil ini terletak bersebelahan masjid dan surau. Mereka hidup aman dan
sentosa.
Di dalam perlembagaan Malaysia, Perkara 3 menyatakan bahawa meskipun agama
rasmi negara Malaysia adalah Islam, penganut agama yang lain adalah dibenarkan
untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing dalam kesejahteraan dan
keharmonian.
Hal ini turut dinyatakan dalam Perkara 11 bahawa setiap warganegara adalah
bebas menganut dan mengamalkan agama masing-masing.
Namun, dalam usaha kita membina keyakinan bahawa bangsa-bangsa ini telah
hidup dalam keadaan harmoni.
Datang pula berita keretakan hubungan antara kaum kita dengar.
Insiden Rusuhan Kuil Sri Maha
Mariamman telah berlaku selama dua hari dari 26 hingga 27 November 2018
di Subang Jaya, Selangor.
Kesannya, insiden rusuhan ini
telah mengakibatkan kerosakan harta benda awam.
Dan paling menyedihkan kematian
seorang anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib
bin Mohd Kassim.
Walau sudah lebih 60 tahun bumi bertuah ini merdeka, kita masih bercakaran
seperti ini.
Krisis ini terjadi sebab apa?
Kerana tiada kesepakatan dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Kerana tiada kepercayaan diantara etnik dan bangsa walaupun tinggal dalam
kejiranan yang sama.
Orang Melayu kata jangan berkawan dengan orang cina nanti dia ambil tanah
kita. Walhal Melayu ini yang dok sibuk jual segala tanah pusaka kepada Cina.
Orang Cina pula kata jangan dekat dengan Melayu sebab takut dia minta
rasuah. Padahal Cina ini yang beri rasuah pada Melayu korup supaya bisnes
tender mereka lancar.
Manakala, orang India pula rasa mereka sentiasa ditekan akibat kepayahan
hidup. Padahal berapa ramai taukeh-taukeh bangsa India sendiri yang makan hak
orang-orang miskin bangsa India yang lain.
Saudara saudari, sebenarnya bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India tidak
bersalah.
Yang bersalah adalah amalan-amalan korup, amalan rasuah, amalan mencuri,
merompak dan mengambil sesuatu yang bukan hak.
Justeru, menyalahkan sesuatu kesalahan kepada sesuatu kumpulan atau kaum adalah
tidak tepat.
Persoalannya, bagaimanakah kita nak atasi masalah ini?
Sudah tentu lah melalui suatu wadah atau tekad sebagaimana yang diucapkan
oleh Ibu Bangsa Malaysia tadi.
Iaitu melalui satu doktrin:
Doktrin Bangsa Malaysia.
2. Krisis dan masalah wanita dalam masyarakat.
Saudara dan saudari, Wanita adalah
penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan menjadi
pemangkin kepada pembentukan masyarakat penyayang.
Walaupun banyak berita mengenai kejayaan golongan wanita dalam pelbagai
industri dan bidang. Namun masih ramai lagi wanita-wanita yang tidak bernasib
baik.
Misalnya kes rogol yang semakin meningkat menyebabkan kehidupan wanita
mangsa rogol dan cabul menjadi kelam kerana tekanan emosi, cemuhan masyarakat.
Malah, ada mangsa yang turut dicemuh ahli keluarga sendiri.
Menurut Perangkaan, dianggarkan sebanyak 3000 kes rogol yang dilaporkan
setiap tahun.
Selain itu, masalah perceraian yang semakin meningkat juga menyebabkan ramai wanita menghadapi kesukaran hidup. Berapa ramai ibu tunggal yang terpaksa bekerja sampai 2 pekerjaan.
Siang bekerja di pejabat. Malam terpaksa pula bekerja part time di kedai makan demi menampung keperluan rumah dan anak-anak.
Dan berapa ramai juga ibu-ibu yang ditinggalkan suami tanpa berita hidup
terumbang ambing berjuang untuk kelangsungan hidup
Sebagai contoh di kawasan saya di Muo sahaja direkodkan oleh Biro khidmat
sosial dan Bantuan PBM Bahagian Muar mencatitkan terdapat lebih 100 orang
wanita yang dikategorikan sebagai Ibu tinggal.
Mahu dibantu untuk mendapatkan bantuan daripada jabatan-jabatan kerajaan
seperti Jabatan Masyarakat dan seumpamanya.
Tidak layak mendapat bantuan kerana dalam data menunjukkan dia mempunyai
suami lagi.
Lebih kesian selalunya mereka ini mempunyai anak kecil berderet dua tiga
orang.
Justeru, saya mohon pihak
agensi-agensi yang terlibat memudahkan sistem penyampaian bantuan kepada
golongan ini.
Selain itu, golongan wanita berkerjaya pula berhadapan
dengan masalah diskriminasi gender yang berlaku di tempat kerja masing-masing.
Diskriminasi berasaskan gender memang
berlaku di kebanyakan tempat kerja sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
Contoh diskriminasi secara langsung adalah Organisasi
yang mempunyai amalan jelas hanya mengambil lelaki untuk tugas tertentu kerana
berpandangan wanita tidak layak.
Manakala, contoh diskriminasi secara tidak jelas ialah apabila isu seperti gangguan seksual di tempat kerja tidak ditangani dengan baik oleh majikan atau organisasi. Sehingga tempat kerja menjadi tidak selamat untuk wanita dan wanita tidak dapat bekerja dengan produktif.
Hasil daripada perkara ini terjadinya
situasi yang tidak saksama dan pendiskriminasian terhadap wanita.
Justeru, Parti Bangsa Malaysia telah menggaris 6 Teras Penubuhan Parti atau
dikenali sebagai ‘SIX PILLARS’.
Dan teras atau ‘pillar’ yang kedua adalah MEMPERKASAKAN PERANAN WANITA.
Sebab itu dalam perlembagaan PBM menegaskan keperluan untuk 30% penglibatan
wanita dalam segala urusan parti.
Baik perlantikan Ahli Majlis Tertinggi nya.
Baik perlantikan dalam organisasi pentadbiran dan dibawah kekuasaan
pemimpin-pemimpinnya.
Lihat sahaja sebagai contoh daripada 11 GLC di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi terdapat 3 daripadanya dipengerusikan wanita. Atau 30% daripada 11 agensi dipengerusikan wanita.
Kita ada Pn Rahimah Majid, Pengerusi Lembaga Koko:
Kita ada YB Dr Daroyah Alwi, Pengerusi Majlis Getah Malaysia (MRC):

Namunbegitu, dalam kita meraikan kejayaan-kejayaan awal seperti saya sebut
tadi, kita mestikan dilestarikan dengan penerapan kepada Doktrin Bangsa
Malaysia
Agar golongan wanita diangkat lebih tinggi kedudukan sebagaimana Rasulullah SAW menghargai peranan wanita.
3. Masalah anak muda dalam berhadapan cabaran
kehidupan.
Saudara dan saudari, anak muda adalah elemen paling penting dalam sesebuah tamadun.
Khalifah Umar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai bagaimana kita nak tahu
akan masa depan negara?
Khalifah Umar menjawab: kamu lihatlah pemuda hari ini. Jika rosak mereka pada hari ini nescaya pincang lah negara pada masa depan.
Selain daripada itu, Seokarno juga pernah berucap dihadapan ribuan rakyat
Indonesia ketika dalam satu pidatonya dia menyebut:
"Jika diletakkan dihadapan ku seribu orang-orang tua, nescaya akan ku cabut
nyawa dari sumurnya. Sumur tu maksudnya badan!!
Tetapi, jika diberi kepada ku 10 orang anak muda. Sudah pasti akan ku
goncangkan dunia."
Kalau Soekarno perlukan hanya 10 orang pemuda untuk goncang dunia. Setakat ini, keahlian Pemuda PBM sahaja dilaporkan sudah menjangkau 6000 orang ahli. Jangan cakap Selangor, Perak, Johor, Sabah. Malah serata Malaysia bisa kita gegarkan.
Dalam kita bercerita mengenai kehebatan anak muda Bangsa Malaysia ini, jangan kita lupa ramai juga anak-anak muda di luar sana masih ramai menghadapi pelbagai masalah seperti:
a. menganggur dek kerana kurang peluang pekerjaan.
b. Ramai juga anak muda yang masih tidak mendapat peluang pekerjaan tetap
c. Tidak kurang juga anak muda yang terpaksa bekerja 2 ke 3 pekerjaan dalam satu-satu masa semata-mata memenuhi tuntutan kehidapan harian.
c. Kos sara hidup yang semakin meningkat.
d. Harga sewa rumah dan bilik yang membebankan.
e. Gaji kecil
Ini adalah diantara masalah-masalah lain yang dihadapi anak-anak muda zaman ini.
Justeru, saya mohon para pembaca khususnya anak muda untuk
menyokong usul agar satu Doktrin Bangsa Malaysia diwujudkan bersandarkan
kepada keperluan anak muda.
4. Delima sistem pendidikan negara
Saudara dan saudari pembaca yang budiman,
Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa.
Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali.
Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki,memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini.
Namunbegitu, masih banyak delima yang dihadapi dalam sistem pendidikan negara.
a. Yang
Pertama : Struktur Pendidikan
i. Beberapa
isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya
1. termasuklah
struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan
2. Tidak
terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi
PengajianTinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
3. Dan
Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
b. Yang
Kedua : Akses Pendidikan
i. Selaras
dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology
ii. (ICT)
dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru.
1. Namun,
banyak isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
2. Antara masalah
tersebut adalah berkaitan dengan:
a. pembekalan
komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan
luar bandar;
b. perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh
c. latihan
dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan
sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan.
d. penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah.
e. dan
bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
iii. Justeru
adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan
memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru
celik ICT.
c. Yang
ke ketiga : Ekuiti Pendidikan
i. Dalam
pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur
yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan
kokurikulum.
ii. Oleh
itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan
peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua
sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah.
j.
Yang
Keempat : Tenaga pengajar
i. Kekurangan
tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pendidikan.
ii. Kebanyakan
sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang
latihan.
iii. Keadaan
ini juga turut menyebabkan berlaku ketidak sepadanan (mismatch) dalam
pengagihan guru mengikut opsyen.
iv. Maka,
berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi
“bidan terjun”.
v. Guru
yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains
dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar.
vi. Disebabkan
kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru
dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.
h.
Yang
Ke Lima : Program PPSMI
i.
Sejajar
dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga
telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
ii.
Walau
bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan
matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat.
iii.
Ini
kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar,
khususnya di luar bandar.
iv.
Mereka
belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam
pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.
i.
Yang
Ke Enam : Kesan globalisasi
i.
Selain
daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan
internet.
ii.
Era
dunia tanpa sempadan atau globalisasi telahmemudahkan maklumat diperoleh dengan
cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui
komputer.
iii.
Implikasinya,
isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial
menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan.
j.
Yang
Ke Tuhuh : Sahsiah Pelajar
i.
Kualiti
sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan
dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah
menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki
kualiti sahsiah yang kurang baik.
ii.
Hal
ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama.
iii.
Sebagai
contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng
sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.
k.
Yang
Ke Lapan : Pencapaian Orang Melayu Dalam Bidang Sains dan Teknologi
i.
Adalah
jelas bahawa bilangan pelajar Melayu di bangku sekolah, bahkan juga lepasan SPM
yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi amat kurang sekali.
ii.
Antara
masalah yang telah pun dikenalpasti ialah terlalu kurangnya guru siswazah dalam
bidang sains dan matematik di sekolah peringkat menengah.
iii.
Guru
siswazah yang ada lebih ramai yang berkelayakan sastera (kira-kira 70 –80
peratus).
iv.
Sudah
tentulah guru siswazah berkelayakan sastera tidak mampu menghasilkan pelajar
yang mahir dalam bidang sians dan matematik.
v.
Sedangkan
kerajaan ingin menyediakan pelajar sains dan sastera dengan nisbah 60:40 antara
sains:sastera.
vi.
Sepatutnya
kita menyediakan guru siswazah berkelayakan sains sebanyak 60 peratus dan yang
berkelayakan sasterase banyak 40 peratus.
l.
Yang
Kesembilan : Keselamatan pelajar
i.
Masalah
keselamatan pelajar sekolah semakin serius hari ini apabila meningkatnya
kejadian ke atas pelajar. Kes-kes bunuh, rogol, culik, ragut dan sebagainya ke
atas pelajar adalah sangat membimbangkan, tidak termasuk kejadian jenayah yang
dilakukan sendiri oleh pelajar seperti gangsterisme.
ii.
Ini
tidak termasuk jenayah yang berlaku ketika mengikuti tuisyen atau kelas tambahan.
iii. Kementerian patut melihat pendekatan yang lebih efisyen termasuk peningkatan kawalan keselamatan dan kemudahan bukan sahaja di sekolah, tetapi sepanjang jalan yang digunakan pelajar untuk ke sekolah mestilah dijamin keselamatannya.
iv.
Waktu
pembelajaran yang memaksa pelajar terlalu awal ke sekolah atau terlalu lewat pulang
juga perlu dikaji semula.
m.
Yang
ke Sepuluh : Isu-isu lain dalam sistem pendidikan
i.
Selain
isu-isu yang dikemukakan tadi, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan
pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
1. Kepimpinan
sekolah masih tidak dapat berfungsi
sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional
leadership)yang berkesan.
2. Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti
satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira
kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan
program pendidikan sendiri.
3. Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza.
4. Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya.
5. Penanda aras bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad.
6. Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematikdan berkesan.
7. Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan.
8. Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.
Oleh itu, saya mohon agar para pembaca menyokong agar ada satu Doktrin Bangsa Malaysia yang mampu memperhalusi pelan pendidikan yang tuntas dan relevan dengan keberadaan masa nya.
5. Masalah ekonomi global yang semakin tenat
Saudara dan saudari, menyedari ekonomi negara dan dunia kini sedang berada
di saat membimbangkan. Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika sudah semakin
menjurang.
Harga barangan keperluan semakin meningkat. Dahulu bawa RM200 shoping di
Giant penuh trolley. Harini RM300 pun masih tidak mampu memenuhkan trolley.
Ini menunjukkan bahawa keadaan ekonomi kita sedang diancam inflasi. Jika
tidak dijaga betul-betul sudah pasti akan menyusahkan negara di masa akan
datang.
Zaman ini bukan zaman berbelanja sakan duit kerajaan lagi. Zaman ini bukan
zaman kelulusan projek secara lantikan terus lagi. Malah zaman dimana isteri
Perdana Menteri mencampuri urusan pentadbiran negara juga sudah pun berlalu.
Justeru, ekonomi negara wajar diurustadbir dengan berkesan demi
kesejahteraan ummah.
Saudara dan saudari pembaca yang dikasihi, saya juga ingin mengingatkan bagaimana YB Datuk
Zuraida Kamaruddin juga memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan
program-program bantuan kewangan dan keperluan rakyat semasa wabak pendemik
COVID-19 berlaku.
Hasil kebijaksanaan YB Datuk lah membantu industri komoditi sawit sahaja untuk
menyumbang hampir berbilion Ringgit Malaysia kepada negara pada tahun 2021
semasa pendemik COVID19 menular.
Pendapatan hasil sawit ini disumbangkan terus kepada rakyat melalui program
bantuan sepanjang musim COVID19 yang lalu.
6. Sains dan Teknologi membawa kemudaratan
Saudara dan saudari, Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat
hanyalah di hujung jari. Sains dan teknologi membawa kita kepada suatu
perubahan kehidupan. Kemajuannya tidak boleh dinafikan.
Namun, dalam pada itu, ada juga yang menafikan tentang kesan sains dan
teknologi. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan
tentang kesan sains dan teknologi sama ada membawa kepada kemajuan mahupun
kemusnahan alam sejagat.
Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya
dalam pembangunan masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal
mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun
sosial.
Sebab itu, Parti Bangsa Malaysia adalah satu-satu nya parti di Malaysia
yang menyentuh isu alam sekitar dalam menyusun bait-bait lirik lagu rasmi parti
sebagaimana yang saudara saudari selalu nyanyikan semasa program rasmi parti.
“...alam sekitar dan kehijauan kita... sama-sama kita jaga...”
Melalui lirik lagu parti sahaja sudah tahu bahawa parti ini sangat
mementing alam sekitar.
Kemusnahan alam sekitar ini seakan tidak dapat dielakkan kerana kadang-
kadang manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa dengan
kesan buruk yang bakal menimpa.
Segala penemuan dan ciptaan sains dan teknologi yang lahir dari akal
manusia kadang tersasar dengan tujuan sebenar kerana tidak mengikut lunas-lunas
yang telah digariskan oleh agama, adat dan resam manusia.
Tidak hairanlah jika kini banyak pengamalan sains dan teknologi juga
mengundang kepada kemudaratan jika batas- batas penerokaan ilmu sains tidak
menepati apa yang telah agama utarakan.
Kini, pelbagai invensi dan hasil rekaan yang cukup peralatan pertahanan
yang canggih hasil penemuan manusia dalam teknologi yang sepatutnya mampu
melindungi negara daripada diserang musuh.
Tetapi, invensi dan rekaan ini dijual untuk digunakan ke arah kemusnahan
melalui peperangan kerana tiada suatu doktrin menjaga alam sejagat dalam
pemikiran mereka.
Selain itu, Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini
memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah.
Malah, pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan
digunakan segelintir masyarakat untuk mengadu domba, memfitnah, menyebarkan
informasi yang tidak benar.
Sehinggakan menyebabkan perpecahan perpaduan di antara kaum di dalam negara
ini.
Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi kini sememangnya banyak
membawa kepada kebaikan walaupun ada juga keburukan.
Pokok pangkalnya, apa jua kemajuan yang dicapai perlulah mempunyai batasan
dan penerapan nilai-nilai murni sebagaimana cadangan Doktrin Bangsa Malaysia.
KESIMPULAN
Saudara saudari, krisis-krisis di atas telah menyebabkan
rakyat menjadi celaru, gelisah, kaget dan gundah gulana.
Kerana kecelaruan dan keterdesakan itu muncul lah banyak parti-parti baru
termasuk Parti Bangsa Malaysia.
Tetapi, dalam banyak parti-parti baru ini,
Hanya PBM bicara soal bagaimana mahu mengeratkan hubungan antara kaum.
Hanya PBM bicara soal bagaimana mahu memperkasakan wanita dalam segala
aspek.
Hanya PBM bicara soal bagaimana mahu memperkukuhkan peranan anak muda dalam
membina Malaysia yang lebih baik di masa akan datang.
Hanya PBM bicara soal bagaimana mahu me-reset sistem pendidikan kepada yang
lebih cemerlang dan berkesan.
Hanya PBM bicara soal bagaimana mahu memastikan ekonomi negara ditadbir
urus dengan baik dengan tema good governance.
Dan Hanya PBM bicara soal bagaimana mahu menggunakan teknologi dan sains untuk
tujuan lebih baik untuk negara!!
Justeru, hanya satu
sahaja cara untuk mencapai semua ini adalah dengan satu (1) tekad dan iltizam
melalui DOKTRIN BANGSA MALAYSIA.






Post a Comment