blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac bagi mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang termasuk sosial, ekonomi, kebudayaan dan politik.

Islam adalah agama rahmatan lil alamin. Islam diturunkan bagi menyempurnakan akhlak manusia serta mengatur tujuan hidup dalam Islam supaya menjadi lebih harmonis dan damai.

Begitulah kehadiran Islam untuk membaiki darjat dan perlakuan manusia terhadap wanita. Allah SWT dalam al-Quran menjelaskan, kedudukan wanita dalam Islam sama dengan lelaki.

Wanita diciptakan sebagai pasangan buat lelaki. Ini dinyatakan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” 
-(Surah Al-Hujurat, ayat 13)

Setiap lelaki berjaya sudah pasti ada wanita di belakangnya. Ia pernah diungkapkan ibu kepada Archellis bahawa "kalau kamu mahu menakhluk dunia, kamu perlu wanita di belakang mu.."

Begitulah dengan saudara-saudara pembaca termasuk saya.

Saya dikurniakan 2 orang wanita yang menjadi isteri saya sejak 2007 lagi. Bagi saya, dua wanita inilah kutub utara dan kutub selatan saya. Mereka menjaga keluarga saya dengan baik dan perfect.

Mereka lah wanita dalam dunia saya. Terima kasih atas segala pengorbanan saudari berdua.

Saya jua begitu menghormati semua rakan-rakan wanita semua. Tanpa kamu bagaimana kami mau mengoncang dunia!!

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia.

Zaihan Zainal
-Muar, 8/03/2023-

No comments

BAHAS DOKTRIN BANGSA MALAYSIA

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019