Tahukah Anda Boleh Menjual Beli Carbon Credit Untuk Menjana Kewangan
Beberapa minggu ini saya banyak terlibat dengan sebuah organisasi yang kuat memperkenalkan Carbon Credit. Justeru, kenapa tidak untuk saya berkongsi dengan saudara-saudari pembaca serba sedikit mengenai apakah Carbon Credit.
Carbon Credit adalah unit daripada penggunaan carbon dalam industri-industri tertentu. Menyedari karbon adalah sumber pencemaran udara yang utama di dunia, maka pemimpin-pemimpin dunia dengan kerjasama pakar dan profesor dalam bidang berkaitan environmental telah menetapkan agar ada satu kaedah untuk mengurus dan mengawal pengeluaran karbon di dunia.
Dengan cara ini mereka berharap dapat meng-kontrol karbon yang keluar.
Justeru, untuk menarik minat masyarakat dunia, mereka telah menggunakan Carbon Credit sebagai untuk dijual beli.
Ada pihak yang memerlukan Carbon Credit dan ada pihak yang mempunyai Carbon Credit.
1. Pihak yang Boleh Menjual Carbon Credit
Di dunia ada beberapa standard yang digunakan untuk menjadi instrumen kira-kira Carbon Credit. Akan tetapi Veriffied Carbon Standard atau dikenail sebagai VERRA Standard adalah yang paling popular.
Verra Standard ada menetapkan pelbagai formula dan metodologi untuk mengira estimasi penilaian terhadap berapakah Carbon Credit yang boleh diperolehi daripada tanah dan industri-industri tertentu.
Verra Standard telah digunakan oleh lebih 70% masyarakat dunia termasuk Malaysia.
Bursa Carbon Exchange (BCX)
Baru-baru ini YB Nik Nazmi, Menteri Tenaga telah merasmikan BCX yang telah dilancarkan oleh Bursa Malaysia. Ini membolehkan pemain-pemain indutri untuk berjual beli Carbon Credit secara sah di Bursa Malaysia.
Ia dikenali sebagai Bursa Carbon Exchange atau BCX.
Manakala, persoalan asas adalah siapakah pihak yang boleh menjual Carbon Credit:
a. pemilik-pemilik tanah yang mempunyai hutan dan pokok-pokok yang mengeluarkan oksigen
b. pemilik-pemilik industri yang menggunakan teknologi tinggi yang mengurangkan pengeluaran karbon dalam industrinya.
2. Pihak yang memerlukan Carbon Credit Untuk Dibeli
Banyak industri seperti kilang tayar, kilang minyak dan kilang-kilang lain yang mengeluarkan hasilan karbon yang banyak. Ini menyebabkan kerosakan terhadap alam sekitar.
Justeru, banyak negara telah mengkuat-kuasakan Cukai Karbon (Carbon Tax) dengan harga yang semakin tinggi.
Jadi, sekiranya pemilik-pemilik kilang ini mahu mengurangkan kos cukai karbon daripada kerajaan adalah dengan cara membeli Carbon Credit.
Sebagai contoh, jika nilai cukai carbon untuk setiap keluasan hektar adalah 1000 USD. Maka, pemilik kilang boleh membeli Carbon Credit dengan harga yang lebih murah di pasaran-pasaran yang sah. Contohnya di Malaysia di Bursa Exchange.

Post a Comment