blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Petua Rawatan Batu Karang

Saya pernah kena penyakit batu karang pada 2016 kali pertama.
Memang sakitnya hanya mereka yg pernah kena sahaja yang tahu akan betapa pasrah azabnya.

Perut dan pinggang bersilih ganti sakitnya.

Membongkokkan badan bagi mengurangkan kesakitan di perut. Tetapi, ia akan menyebabkan sakit di pinggang belakang pula.

Bila ditegakkan atau diluruskan badan untuk melegakan kesakitan pinggang akan menyebabkan sakit perut pula.

Justeru, nak buat macam mana untuk melegakan kesakitan di pinggang belakang dan perut?

Tiada. Kecuali makan ubat tahan sakit. Persoalannya sampai bila?

Jawapannya hanya satu sehingga batu karang itu dikeluarkan daripada pundi kencing baharulah lega semuanya.

Baik berbalik kepada pengalaman mengalami masalah penyakit batu karang tadi yang terjadi sekitar tahun 2016.

Selepas seminggu menghidapnya dengan ubatan klinik masih tidak melegakan.

Kemudian, sy ada mencuba satu petua lain beberapa hari masih tidak melegakan sehinggalah saya ketemu sahabat saya Sdr Azlan Sharif.

Kebetulan isteri Sdr Azlan baru sahaja baik daripada penyakit batu karang juga.

Dan beliau berkongsi petua yang isterinya lakukan.

Dan tanpa berlengah balik tu terus saya mulakan petua tersebut.

Petua ini memakan masa seminggu atau 6 hari.

Dan alhamdulillah pada pagi subuh hari ke 7 batu karang tersebut terpancul bersama2 air kencing yg pertama pada awal pagi tersebut.

"Gedebushhh", bunyinya.

Jadi, eloklah saya kongsikan dengan kawan-kawan yang lain.

Dan ia juga melibatkan kos yang rendah.

Petuanya seperti berikut:

HARI 1
Apple hijau 5 biji
(Bole makan atau buat jus)
+ minum plain water 2-3 liter sehari
.
HARI 2
Apple hijau 5 biji
(Bole makan atau buat jus)
+ minum plain water 2-3 liter sehari

HARI 3
Apple hijau 5 biji
(Bole makan atau buat jus)
+ minum plain water 2-3 liter sehari

HARI 4
Apple hijau 5 biji
(Bole makan atau buat jus)
+ minum plain water 2-3 liter sehari

HARI 5
Apple hijau 5 biji
(Bole makan atau buat jus)
+ minum plain water 2-3 liter sehari

HARI 6
Apple hijau 5 biji
(Bole makan atau buat jus)
+ minum plain water 2-3 liter sehari

6 ptg = 1 sudu garam epsom dicampur setengah gelas air suam

8 mlm = 1 sudu garam epsom dicampur setengah gelas air suam

10 mlm = 1 biji lemon+minyak zaitun setengah cawan

Kemudian, rehat dan tidur.

Insya Allah, bangun pagi nanti batu karang akan keluar bersama-sama air kencing yang pertama.

Bahan-bahan Yang Diperlukan:

1. apple hijau akan melembutkan bayu karang.

2. garam epsom akan memecahkan batu karang ( boleh dibeli dari farmasi atau kedai bahan-bahan buat kek)
3. minyak zaitun akan membantu melancarkan batu karang yang terpecah untuk keluar melalui saluran kencing pada awal pagi nanti.
4. lemon digunakan utk memudahkan nak telan minyak zaitun. Kalau takde lemon mmg payah nak telan.
Sekian, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Tolong share kalau ia membantu.

Zaihan Zainal
19 April 2023
Putrajaya

No comments

BAHAS DOKTRIN BANGSA MALAYSIA

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019