SIDANG KEMUNCAK BRICS : KEMANA HALATUJU MALAYSIA
Hari ini di Malaysia, saat artikel ini ditulis adalah bertarikh 23 Ogos 2023.
Justeru, saya agak terkilan apabila YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke 10 masih tidak menyatakan pendirian negara samada menyertai BRICS atau tidak.
Pada waktu yang sama di Johannesburg, Afrika Selatan sedang berlangsung Sidang Kemuncak BRICS. Atau dalam Bahasa Inggerisnya BRICS Summit.
Sidang Kemuncak BRICS ini diadakan saban tahun sejak 2009 di Yakaterinburg, Russia yang menghimpunkan 5 buah negara kuasa besar ekonomi dunia.
Negara-negara tersebut adalah Brazil, Russia, India, China dan South Africa (BRICS).
Sebab itu, Sidang Kemuncak ini namanya BRICS kerana 5 negara pengasas tersebut.
Negara-negara pengasas ini mempunyai sebab-sebab yang sangat imperikal untuk menubuh sebuah kesatuan baru ekonomi dunia moden.
USD dianggap tidak boleh diharapkan lagi untuk dijadikan matawang tunggal dalam sistem urusan perdagangan di dunia.
Kesatuan Eropah atau EU sudah lama membincang soal penubuhan matawang sendiri. Mereka mula membincangkannya sejak tahun 1971. Tetapi, hanya pada 1999 sahaja matawang Euro (€) dapat diperkenalkan.
Bahkan ramai ahli ekonomi moden berpendapat bahawa hanya selepas 2001 sahaja matawang Euro (€) betul-betul digunakan secara meluas di serata negara-negara di bawah Kesatuan Eropah.
Justeru, Sidang Kemuncak BRICS 2023 ini sangat penting kerana telah ada ura-ura yang kuat mengatakan negara-negara Kesatuan BRICS akan meluluskan usul penubuhan matawang BRICS.
Selepas ini, matawang BRICS dijangka menjadi matawang utama dunia selain US Dollar dan Euro (€).
Selain 5 negara pengasas BRICS, terdapat lebih 46 negara-negara lain yang sudah menyatakan kesudian mereka untuk menyertai Kesatuan BRICS.
Dan diantara 46 negara-negara ini terdapat 10 negara yang mempunyai pendapat besar negara. Diantaranya seperti berikut:
Matawang BRICS dijangka akan memberikan impak yang sangat besar dalam pengurusan kewangan dunia.
Paling terkesan adalah US Dollar yang akan terjunam sekiranya 5 negara BRICS + 46 negara lain mulai menggunakan matawang BRICS berbanding US Dollar.
Manakala, di Asia Tenggara terdapat hanya 3 buah negara sahaja yang sudah menghantar permohonan rasmi untuk menyertai Kesatuan BRICS iaitu Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Justeru, saya agak terkilan apabila YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke 10 masih tidak menyatakan pendirian negara samada menyertai BRICS atau tidak.
Persoalannya, sekiranya jawapannya tidak, adakah beliau mempunyai perancangan lain untuk membawa dan memacu ekonomi negara.
Atau adakah beliau sebenarnya lunak dengan penguasa matawang dunia iaitu IMF dan US Dollar sebagaimana sering dikaitkan dirinya sejak tahun 1997.
Post a Comment